Tuesday, July 22, 2008

Adakah Anda Merancang Untuk Hamil?

Membuat keputusan untuk mempunyai anak adalah keputusan penting dalam sebuah perkahwinan. Dengan kehadiran cahayamata dalam sesebuah keluarga akan mengubah cara hidup setiap pasangan suami isteri. Perancangan dan persediaan awal ini penting bagi setiap pasangan terutamanya dari segi kesihatan, emosi dan kewangan.

Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum hamil:

  • Pasangan perlu cuba mengurus tekanan dalam kehidupan seharian sebaiknya kerana ini akan menyukarkan anda hamil.

  • Jika salah seorang pasangan bekerja dengan bahan kimia, plumbum, anestetik atau sinaran x-ray, ini juga memberi risiko pada kehamilan. Dalam hal ini berbincanglah dengan doktor sebelum anda merancang kehamilan.

  • Wanita yang berusia 35 tahun ke atas dinasihatkan tidak hamil kerana pada usia ini risiko ketidaksuburan dan memperolehi anak cacat adalah tinggi.

  • Merokok, meminum alkohol dan penyalahgunaan dadah meningkatkan risiko kehamilan dan kelahiran anak cacat. Lagipun sebagai seorang Islam jauhilah dari perkara-perkara buruk ini agar anak yang lahir kelak sihat lagi beramal soleh.

  • Ibu bapa yang sihat dan kehidupannya harmoni melahirkan bayi yang sihat dan bersifat positif.

  • Seorang wanita perlukan diet yang seimbang sebelum dan semasa hamil. Jadi sebagai persediaan awal biasanya wanita digalakkan mengambil ceraian salindah B1 bersama Examo CKM 500. Ini penting untuk melahirkan anak yang sihat, cergas dan pintar. Malah membantu mengurangkan risiko keguguran. Ibu akan senantiasa merasa tenang dan yakin.

  • Bagi wanita yang menggunakan alat pencegah hamil, anda boleh berhenti menggunakannya untuk membolehkan anda hamil.

Bagaimana Proses Kehamilan Berlaku?

Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vargina wanita dan rahim.

Selain itu sperma yang selamat sampai pula harus cukup kuat untuk berenang ke fallopian tube (pembuluh telur ke kandungan rahim) dan akhirnya bersatu dengan telur.

Kebanyakan pasangan suami isteri melalui proses ini secara normal. Namun terdapat segelintirnya yang agak sukar dan ada diantaranya yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk memperoleh zuriat.

Setiap proses kehamilan memerlukan sperma yang sihat. Definisi sperma yang sihat adalah sperma yang mempunyai bentuk sempurna, lincah dan mempunyai gerakan yang aktif. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma per mililiter dari semen (air mani, cairan yang keluar saat ejakulasi).

Jika gerakan sperma perlahan atau bentuknya tidak lengkap atau berenang menuju arah yang salah, maka berlaku kesulitan dan kegagalan untuk hamil.

Ikuti tips untuk pasangan yang ingin dapatkan zuriat di sini.

Masa Subur

Sesetengah daripada wanita hari ini selalu menganggap kehamilan berlaku dengan mudah dan lebih bersikap berharap dan berserah.

Wanita perlu tahu masa serta keadaan yang sesuai untuk dia hamil agar - dirinya mampu menghadapi sebarang tekanan atau perubahan dari segi mental, fizikal malahan ia juga memerlukan kewangan yang cukup.

Secara normalnya tempoh kesuburan kita akan berlangsung sehingga kita berumur 48 tahun iaitu apabila putus haid. Oleh itu wanita hanya boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun (dari 12- 48 tahun sahaja).

Malah wanita perlu tahu yang terdapat beberapa risiko lain yang akan berlaku sekiranya anda hamil pada usia yang agak lanjut untuk hamil iaitu antara 35-48 tahun.

Selain itu, untuk hamil wanita mestilah subur dan berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya (ovulating). Benih wanita hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Ini kerana waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau 'fertile period'. Untuk itu persetubuhan dengan suami perlu dilakukan pada waktu subur bagi menjayakan kehamilan atau menjauhkan diri waktu ini untuk mengelak kehamilan.

Jadi setiap pasangan suami isteri perlulah merancang bilakah masa terbaik untuk hamil.

Bilakah masa terbaik untuk hamil?

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini...

Pemeriksaan Kesihatan Bagi Yang
Mengalami Masalah Kesuburan

1. Ujian Darah

Ujian darah merupakan proses penting untuk mengesan paras hormon dan ia juga boleh menentukan samada anda ada mengeluarkan benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone akan dilakukan pada hari ke 21 hingga 25 dalam pusingan haid. Jadi bagi anda yang pusingan haid tidak teratur - contoh datang haid 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali, maka anda tergolong dalam kategori tidak subur kerana benih anda keluar dengan tidak teratur. Dalam hal ini anda dinasihatkan menjalani beberapa ujian bagi mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting untuk menyukat paras hormon dalam aliran darah kita ialah seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin .

2. Ujian D&C

Ujian D&C pula adalah khusus untuk wanita yang mempunyai masalah tidak subur . Ia sebenarnya berupa pembedahan kecil yang dilakukan dengan cara pangkal rahim akan dikembangkan. Proses ini dinamakan 'dilatation'. Ruang rahim tersebut kemudiannya dikikis dengan alat tajam digelar 'curettage'. Tatacara ini dilakukan kepada anda yang mempunyai pangkal rahim yang sempit. Dengan ini akan memudahkan benih lelaki masuk ke dalam sistem peranakan anda.

Melalui kaedah atau proses mengikis ruang rahim juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan kehamilan berlaku. D&C juga boleh dilakukan untuk mengetahui samada anda boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini juga merupakan salah satu bukti yang secara tidak langsung bagi menentukan keluaran benih anda.

Sesetengah doktor mungkin akan mengunakan kaedah pancutan air berwarna 'insufflation' ke dalam salur peranakan anda. Tatacara ini bertujuan untuk menguji samada salur 'fallopian' anda terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Namun ujian ini amat jarang dilakukan sekarang ini kerana ia tidak memberi kepastian keadaan pada saluran peranakan tersebut.

3. Pemeriksaan Fizikal

Biasanya bahagian anggota badan yang akan diperiksa:

  1. Buah dada
  2. Kilang tiroid pada leher
  3. Sistem peranakan

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

4. Pemeriksaan Sistem Peranakan

Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada system peranakan kita normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

5. Jangkitan Faraj

Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga boleh berlaku pada rahim. Ada juga antara rakan kita yang mempunyai sistem peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital abnormality. Semua gejala yang disebutkan ini boleh menyebabkan masalah kesuburan.

6. Pemeriksaan Laparoskopi

Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sebarang penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan segera yang sewajarnya perlu diambil.

Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis . Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Bagi anda yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kemungkinan akan dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi' dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad.

Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

7. Ujian Hysterosalpingogram

Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan. Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram . Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan telah berlaku.

No comments: